Friday, April 24, 2015

SET SHAPE UP SHAKLEE CINCH

SET SHAPE UP SHAKLEE CINCH


Shake CINCH
diperkaya oleh Leusina yang membantu
rasa kenyang ,mengekalkan tisu otot sambil menurunkan berat badan...


Cinch Energy Tea Mix
Formula ekslusif dengan Teh Hijau, Roibos Merah & Putih yang membantu meningkatkan metabolisme
penggalak tenaga tinggi antioksidan


Lecithin
Bertindak sebagai pengemulsi lemak, menghalang akumulasi lemak dan kolesterol yang tidak baik


Alfalfa
Melancarkan pembuangan lemak, sisa-sisa toksin di dalam badan. Membantu juga penyerapan nutrien di dalam badan.


Herblax
Menggalakkan tindakan pembersihan kolon yang lembut bagi membantu proses detoks semulajadi.


Hasilnya tadaaaa............best! best! best!






Ibu Auni Ardini
0192682582

Perasmian Bangunan Shaklee Baru



Harap maklum, produk Shaklee tidak dihasilkan di mana-mana kilang yang bercampur dengan produk-produk lain.

Produk Shaklee bukan sebarang campak atau sama kandungan dengan mana-mana jenama,

Produk Shaklee bukan main tempek ja stiker label pada botol. ...


Oh tidak, mana boleh campur-campur. Ini bukan rojak

Setiap produk Shaklee dihasilkan oleh sekumpulan saintis yang menjalankan ratusan ribu ujikaji klinikal,kajian (R&D). Dari peringkat awal, sampai ke penghujung..lab,ladang,bahan,saintis semuanya berasingan, hakcipta terpelihara milik Shaklee.

Ini BUKAN info atau testimoni atau jenama yang direka-reka untuk melariskan produk.

Ini BUKAN juga sebab CEO nya comel..hihihi

Baca link dibawah, perasmian bangunan baru..

"...The Forrest C. Shaklee Innovation Center is responsible for new product development, tasting panels and testing product quality..."

16ribu square foot facility?? Wow besarr tuu..


https://www.facebook.com/#!/ShakleeCorporation/photos/a.169365006440291.32832.116168385093287/897810253595759/?type=1&fref=nf&pnref=story


Sunday, April 19, 2015

Resipi Makan Sebulan


Nah resepi utk sebulan

RESEPI SEBULAN TAK PAYAH PENING-PENING

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu 
2. Udang Masak Serai Wangi 
3. Ikan Siakap Kukus 
4. Ikan Masak Berlada 
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
7. Pajeri Nenas 
8. Mee Hailam 
9. Ketam Bertelur 
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
12. Ikan Tiga Rasa 
13. Ikan Pari Lemas!!!! 
14. Tandoori Kurau 
15. Tom Yam 
16. Nasi Ayam Hakka 
17. Mee Rebus 
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
19. Ayam Golek Seri Pahang 
20. Kari Kepala Ikan 
21. Black Pepper Steak 
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 
24. Soto Ayam 
25. Nasi Paprik 
26. Nasi Dagang 
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara 
29. Ayam Bercili masak ketumbar 
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
________________________________________
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 
atas
________________________________________
Udang Masak Serai Wangi 
Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 
atas
________________________________________
Ikan Siakap Kukus 
Bahan-bahan: 
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 
atas
________________________________________
Ikan Masak Berlada 
Bahan-bahan: 
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
air limau kasturi 
sedikit garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 
atas
________________________________________
Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
Bahan-bahan A: 
1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 
Bahan-bahan B: 
5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling 
Sedikit kunyit hidup 
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit cuka masak 
Garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan: 
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 

Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas
________________________________________
Pajeri Nenas 
Bahan-bahan: 
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) 
Sedikit serbuk kunyit 
4 biji bawang merah ] 
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang 
Biji sawi 
gula sikit 
garam secukup rasa 
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) 
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 

Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
Mee Hailam 
Bahan-bahan: 
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) 
rencah ayam/udang/sotong 
sos tiram 
garam secukup rasa 
6 biji cili api 
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) 
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) 

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api. 
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil. 
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. 
5. Masukkan sayur2 an dan mee. 
atas
________________________________________
Ketam Bertelur 
Bahan-bahan: 
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
3 sudu sos tiram 
3 sudu sos cili 
3 sudu cili yang dah diblend 
7 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih yang agak besar 
sepotong halia 
sebiji telur 
garam 
sedikit gula 
sedikit minyak untuk menumis 
bawang besar 

Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 
2. Masukkan secawan air 
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 
atas
________________________________________
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
Bahan -bahan: 
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
Sesame oil/Minyak bijan 
Serbuk lada hitam 
Fish sauce/Sos ikan 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
Sos tiram 

Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. 
atas
________________________________________
Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan: 
1 camca besar garam masala 
4 ulas bawang putih dicincang halus 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam 
2 camca kecil serbuk cili 
1 camca besar serbuk ketumbar 
1/2 camca kecil serbuk buah pala 
1 camca besar serbuk jintan kasar 
1 camca besar paparika 
4 labu bawang besar dihiris nipis 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 
150ml Tairu 
2 camca besar tomato puri 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 
2 biji cili hijau dihiris 
Minyak Vesawit untuk menggoreng 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau. 
atas
________________________________________
Ikan Tiga Rasa 
Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap / kerapu 
sedikit bawang putih (ditumbuk) 
1 inci halia 
2 biji tomato (agak masak) 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
sedikit gula, garam 
bhn utk dikisar 

Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
4. Tuang atas ikan 
atas
________________________________________
Ikan Pari Lemas!!!! 
Bahan A: 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) 
- di basuh bersih 
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. 
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) 
Bahan B: 
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 
2 batang serai di mayang halus 
1 helai daun limau purut di koyak empat 
25 biji cili padi di mayang halus 
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar sos minyak ikan 
sedikit ajinamoto 
1/2 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil gula 
Bahan C: 
10 biji limau kasturi 

Cara memasak: 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit 
atas
________________________________________
Tandoori Kurau 
Bahan-bahan: 
3 keping ikan kurau 
1 biji liamu purut 
1 sudu besar halia (dicincang halus) 
2 biji bawang putih (dicincang halus) 
5 sudu besar yoghurt 
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 
10 gm jintan halus 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) 
Garam dan lada hitam secukup rasa 
2 sudu besar minyak sapi 
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
4. Hidangkan bersama roti atau nasi. 
atas
________________________________________
Tom Yam 
Bahan-bahan: 
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) 
Daging - 250 gm (dipotong kecil) 
Udang - terpulang pada tukang masak 
Bahan A – 
Blenderkan Halia 
3 inci Bawang merah 
6 ulas Cili api 
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 
Bahan-bahan lain 
Minyak masak - 1/5 cawan 
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh 
Lobak merah - 2 btg (dipotong) 
Bunga kubis - 150 gram 
Putik jagung - 2 bungkus 
Tomato - 3 biji (potong 4) 
Bawang besar - 3 biji (potong 4) 
Daun limau purut - 3 atau 4 helai 
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan 
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu 
Air 
Garam 
Bahan perasa - jika berminat 

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... 
atas
________________________________________
Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 

Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) 
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas
________________________________________
Mee Rebus 
Bahan-bahan: 
1 paket mee kuning - celur 
Bahan sayuran: 
50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua 
Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah 

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas 
________________________________________
Ayam Golek Seri Pahang 
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit. 
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, 
atas 
________________________________________
Kari Kepala Ikan 
Bahan-bahan: 
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas 
________________________________________
Black Pepper Steak 
Bahan-bahan: 
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak 
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8. Siap untuk dihidang.
Tips: 
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries. 
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 

Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. 
atas
________________________________________
Asam Pedas Tumis (Melaka) 
Bahan-bahan: 
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka. 

Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap... 
atas
________________________________________
Soto Ayam 
Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 

Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus 
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B 
10 bijik bawang merah 
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c 
Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu. 
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula 
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau. 
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
NASI PAPRIK 
Bahan-bahan: 
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas 
________________________________________
Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 

Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak 
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
Bahan A 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 

Cara memasak: 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 
Cara memasak: 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 
atas
________________________________________
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
Bahan-bahan: 
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 

NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. 

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4. Masukkan sos tiram 
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5. Hidangkan.
atas
________________________________________
Gulai nenas ikan kering orang utara 
Bahan-bahan: 
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis 

Cara memasak :
1. Ikan talang direndam. 
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu) 
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
7. Siap dan boleh dimakan. 
atas
________________________________________
Ayam Bercili masak ketumbar 
Bahan-bahan: 
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit gaulkan 
Sedikit garam 
6 biji bawang kecil 
3 ulas bawang putihditumbuk lumat 
sedikit halia 
4 sudu besar biji ketumbar 
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus 
4 sudu besar cili mesin/cili boh 
2 asam keping 

Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). 
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana). 
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan 
atas
________________________________________
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 
1 inci kunyit hidup 
2-3 batang serai (dititik) 
santan (dr sebiji kelapa) 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..

Nota: 
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api 

Saturday, April 18, 2015

Kanser Dan Vivix

Bagi mereka yang sedang atau selepas kemoterapi akibat kanser, sebaiknya mengamalkan pemakanan tinggi antioksidan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel rosak dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Ini kerana,ubat kemo bukan sahaja membunuh sel-sel kanser malah turut menyerang sel-sel sihat.

Suplemen terbaik untuk pesakit kanser adalah VIVIX. Kandungannya kaya dengan resveratrol.




Pengambilan vivix yang kaya dengan Resveratrol (antioksidan) ketika/selepas kemo bukan sahaja membantu keberkesanan kemoterapi malah melindungi sel-sel sihat.

Monday, April 13, 2015

Shaklee Effect


5 bulan yang lepas .. Waktu ni saya tengah lepak sambil chating kat whats app .. Borak borak kosong orang kata..pastu

Scroll up and down facebook .. Pastu bilang hari nak gaji (hehe)

Saya tak pernah mimpi ..Ya tidak pernah langsung terlintas terfikir saya dapat bonus 4angka sebulan dari 1st month saya join bisnes Shaklee ini..

Masa saya , tidak saya siakan dengan begitu sahaja
Bagi saya sesaat tu berharga sangat.. Study produk, follow up customer, sharing di facebook, update blog dan macam macam la lagi

Alhamdulilah antara Shaklee Effect  : Saya dapat

  • Kesihatan yang baik
  • Lebih mendekatkan diri dengan YANG MAHA KUASA
  • Dapat tolong orang untuk dapatkan apa yang saya dapat
  • Dapat tolong orang dari segi memperbaiki kesihatan
  • Dapat spend lebih sikit untuk family
  • Dapat infaq lebih dari yang biasa bagi golongan yang memerlukan

Banyak lagi sebenarnya
Tak terungkap

Syukur Sangat - Sangat




Saya nak tolong anda yang berada di luar sana.
Boleh baiki income khususnya ...


Salam Sayang
Ibu Auni Ardini



Sunday, April 12, 2015

Bakar lemak dengan Leucine

Bakar Lemak Dengan Leucine


Leucine adalah yang paling banyak dikenali sebagai makanan tambahan untuk membantu pertumbuhan otot. Tetapi ramai tidak tahu bahawa Leucine memainkan peranan penting dalam pembakaran lemak. Walaupun kebanyakan orang yang ingin menurunkan berat badan cenderung untuk memberi tumpuan terutamanya kepada pengambilan kalori, terutamanya dari segi berapa banyak lemak yang mereka makan setiap hari, lebih banyak penyelidikan adalah mengesahkan kepercayaan bahawa jumlah protein (dan leucine) dalam diet anda boleh menjadi faktor penting di sebalik kejayaan penurunan berat badan.


Leucine merupakan asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan. Leucine mesti diperolehi melalui makanan. Ia memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan dan pembaikan otot dan mencegah pecahan protein otot semasa senaman. Leucine boleh membantu badan untuk menggunakan pengambilan protein yang lebih baik yang seterusnya membantu dengan penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Bagaimanakah Leucine membantu dengan penurunan berat badan?

Kajian telah mendapati berikut diet yang tinggi protein (terutama Leucine) dan rendah karbohidrat, adalah satu cara yang berkesan dan selamat untuk mengurangkan berat badan. Leucine merupakan asid amino penting yang tidak boleh dibuat oleh badan manusia. Leucine oleh itu mesti diambil melalui makanan seperti roti gandum, beras perang, kacang, atau makanan tambahan.

Salah satu fungsi utama Leucine adalah untuk membantu mengekalkan tisu tanpa lemak. Ini adalah penting untuk mengurangkan berat badan. Leucine bekerja secara langsung untuk mengelakkan kehilangan otot semasa penurunan berat badan. Apabila kita mengamalkan diet tinggi protein diet yang tinggi dalam Leucine, oleh itu, sebahagian besar berat badan anda kehilangan lemak, bukan otot.



Bolehkah kita menyimpan otot dan kehilangan lemak dengan Leucine?

Ramai orang kehilangan otot apabila mereka mengurangkan berat badan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi kesan dalam jangka masa panjang. Walaupun anda boleh mencapai penurunan berat badan yang cepat dengan cara ini, ia datang pada kos yang besar. Kehilangan otot melambatkan metabolisma anda supaya ia tidak dapat dielakkan bahawa anda akan mendapat kembali berat badan dengan cepat, biasanya diiringi oleh beberapa kilogram lemak anda tidak mempunyai sebelum anda kehilangan berat badan.

Ia bukan sekadar cukup untuk makan banyak protein sepanjang hari. Badan anda tidak akan dapat menggunakan protein yang anda makan itu melainkan jika anda mengambil Leucine cukup sebagai sebahagian daripada diet biasa anda.


CINCH MIX SHAKLEE juga diperkaya dengan LEUCINE. Ianya sangat penting untuk memelihara otot, meningkatkan  metabolisma dan membakar lemak.
Jom bakar lemak dengan leucine










Salam Sayang 
Ibu Auni Ardini


Thursday, April 9, 2015

We Want You

Lets Join Us !

We will Guide You to the End ....!!






Salam Sayang 
Ibu Auni Ardini 

Wednesday, April 8, 2015

Free Membership Shaklee

Dulu kan kalau saya nak keluar saya mesti nak kena tempek foundation.. Bedak 2-3 way cake (hehehe) pastu calit calit eye syadow ..lipstik kaler natural la orange purple hihihi..

Tapi saya perasan lama lama kulit saya makin kusam , berbelang belang .. Pipi cerah bawah mulut ke dagu gelap.. Pastu jeragat makin banyak ..kulit pula semakin gelap ..

Berhabis la juga tukar tukar product , dalam hati berkata kata "maybe aku tak sesuai kot pakai product ni" macam macam brand dah cuba .. estee ke , mac ke , bobbi ke semua la

Tapi kan , bila saya bekenalan dengan cinta hati saya ni .. Saya just guna toner, serum, moisturiser, tempek bedak sedas dua ...then setel , keluar rumah dengan konfiden tau..

Pastu yang best disulam dengan suplemen yang kat bawah ni..

Boleh bunuh semua radikal bebas.. Radikal bebas ni memang ada dalam badan kita.. Memang akan ada selagi kita still makan makanan yang ada pewarna perisa..

Bila ada radikal bebas , kita akan nampak tua dari usia sebenar, tu salah satu kesan radikal bebas, banyak la lagi antara nya lesu, letih , malas ...

Banyak kan makanan yang ber antioksida tinggi tau ,Insha allah sihat dan bonus awet muda gituu

Owh ye, pembelian seperti dibawah ini melayak kan anda semua dapat free membership Shaklee dan juga bonus ..


Product ni semua beranti oksida yang tinggi

So lets get!

Ye? Siapa Cinta Hati Saya ? Hehe mestilah S H A K L E E ...






Salam Sayang 
Ibu Auni Ardini

Tuesday, April 7, 2015

Coaching Shaklee


Aktiviti Hari Ni ... dengan jadual kerja yang agak padat , maklumla awal bulan sibuk nak buat report pulak after closing , sempatla meluangkan untuk mengcaj energy BOOSTER dengan my mummy , Sessi Coaching Shaklee .....

Kenalkan jugak my anak dengan my mummy , dapatla TIPS bagaimana nak stay positif .. bukan senang nk positif , tapi tak mustahil kalau kita boleh buat , gituuu






So Insha allah dengan izin Allah , Bulan ni melakar kenangan manis untuk saya dan Miracle Millionaires


Salam Sayang
Jaja

Berkesan Ke Cinch Shaklee


Katanya dengan Set Shaklee Shape Up, anda dapat menikmati hidup baru yang hebat dengan menghilangkan lemak berlebihan. Selain tu antara Kebaikan Set Shape Up adalah

Badan yang langsing dan rapi
Nampak lebih anggun
Rasa unggul
Rasa lebih bertenaga
Meningkatkan keyakinan diri
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Products:
Cinch Shake Mix(765 Grams)
Cinch Energy Tea Mix(28 Sachets)
Lecithin (180 Capsules)
Herb-Lax (120 Tablets) 





Berkesan ke Set Shape Up Shaklee tu?




I started using Shaklee’s Cinch® inch-loss program almost on a whim, with hopes that it would work, but accepting that, regardless of the outcome, I’d still love myself.
That attitude is, in part, why I think I was able to stick with Cinch. I didn’t start in a moment of desperation. I didn’t start it wanting to get into a bikini. I was just hoping to get healthier and break my habit of eating too much convenience food. So I was determined to be thankful for the opportunity, regardless of the outcome.


The outcome, thus far, is a 40.5-pound(~18KG) weight loss and a total loss of 22 inches in five months.* And I am amazed.



When I first started the challenge and I started seeing the pounds drop, I was so excited and so proud of myself! Since giving birth to my five children I was starting to feel good about my body. I knew I still had work to do, but I was starting to see results! I really must thank the other bloggers for their motivation and cheering, as they have all been instrumental in helping each other out. And Sommer, our mentor, is the best! (I have to throw that out there because she is always here for us when we need her and I swear she never sleeps!)
So where am I today? In 4½ months I am 25 pounds(~11KG) lighter*, have lost over 28 inches, and feel amazing! I am so much more confident and have so much energy!
The Shaklee Cinch diet has been more than a diet for me, it has truly changed my life.




Well, another month has flown by and I’m here to update you on my progress. I’ve lost 14 pounds(~16KG) and 21.38 inches since I started, and while I have a ways to go before reaching my 60 pound goal, I am motivated to keep going.







Gabungan hebat Set Langsing Badan terdiri daripada

Lecithin

  • Membakar lemak berlebihan dalam badan
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Memberi rasa kenyang dan mengawal selera makan

Herb lax

  • Detox membuang toksin yang menjadi salah satu punca utama diet gagal
  • Detox membuang lemak yang dibakar oleh lecithin keluar dari badan
  • Membantu pergerakkan usus secara semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Mengatasi masalah sembelit

Cinch Shake

Memelihara otot bagi meningkatkan pembakaran lemak
Memelihara jisim otot agar badan tidak menggeleber apabila lemak berlebihan dalam badan hilang
Mengawal nafsu untuk makan senang cerita rase kenyang jer
Meningkatkan metabolisma.








Saturday, April 4, 2015

5 sebab Kenapa pilih Cinch Shaklee

Cinch Shake Shaklee adalah protein terbaik di pasaran kerana :-

Cinch membantu membina otot, menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan preotein membantu rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar antara masa makan. 

Diperkaya dengan lueucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan. 

Bagi yang gemarkan manisan atau makanan manis, cinch memberikan anda kepuasan kerana setiap perasa cinch adalah sangat lazat. minuman chocolate cinch umpama anda makan satu bar chocolate!!! Nyum.. Nyum.. Nyum!! 

Bukan sahaja mampu membantu menurunkan berat badan malah mampu mengurangkan lebihan incin badan yang tidak diperlukan. 

Anda juga kekal bertenga sepanjang program diet!!   




Insentif Bonanza


Semalam Allah bagi kelapangan masa untuk saya hadir dan turut serta dalam diskusi bagaimana nak shoot PUV/GUV/LDB CAR Bonus untuk dapat insentif BONANZA dari Shaklee

Bulan ni Shaklee memang sangat sangat sangat dan sangat bermurah hati nak bagi bonus double triple... 

Apply juga pada yang diluar sana. Yang belum jadi ahli jomla tak mahal mana pun.. Seumur hidup pula tu ..
bulan April adalah bulan untuk buat DUIT.. 


Bukan senang Shaklee nak bermurah hati macam ni .. Julung Julung kali kata Master Cery MamaFaiz. Rugi BESAR kalau tak pandai nak grab




Anda Bagaimana?

6 Barang Promo Bulan April


Bulan ini dalam sejarah. Kenapa saya kata sejarah? Sebab Shaklee (M) buat tawaran best.
6 produk dengan harga hebat


GLA Complex
DTX Complex
Lecithin
Vitalea For Children
Cinch Chocolate
Cinch Cafe Latte




Dan kalau korang nak kelihatan cantik, ramping, comel menjelang raya (ada lagi 3 bulan). haaaa ini lah yang anda perlu ada ambil setiap hari. Perlu ada dalam koleksi makanan harian anda. Dapatkan jadual dan cara makan yangbetul dari saya .

Berminat ?

# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582
# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...