Wednesday, February 25, 2015

2 cara Hilangkan Enzema


Ekzema Dan Cara Mengatasinya


Hari ini saya nak cerita tentang masalah ekzema yang biasanya berlaku pada bayi yang berumur 2 hingga 6bulan. Selalunya bayi semakin membesar, ekzema akan pulih dengan sendiri. Tetapi ada juga beberapa kes ia masih berlarutan sehingga dewasa.



Ekzema terbahagi kepada 2 iaitu Ekzema Akut dan Ekzema Kronik. 

Tanda Ekzema Akut pipi akan merah seperti radang. Orang tua kata Kurap Susu
Manakala tanda Ekzema Kronik kulit akan menjadi kering, berair dan bersisik. Ekzema Akut berpotensi menjadi kronik jika tidak dirawat. Punca terjadinya Ekzema adalah melalui faktor dalaman dan luaran seperti keturunan, ada masalah ekzema yang berlaku dikalangan keluarga. Faktor luaran seperti asap rokok, udara kotor, bahan kimia, cuaca, hama, dan kosmetik. Ekzema boleh dikawal dan dikurangkan.

Mealshakes & Herbal Blend  adalah cadangan yang saya syorkan sekiranya anak anda mengalami Ekzema yang berlarutan.



Mealshake merupakan sumber protein yang lengkap dan mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh. Bancuhan Mealshake boleh diminum untuk sarapan pagi yang enak dan mudah.







Herbal Blend pula adalah krim yang melegakan dan diuji secara klinikal untuk melembutkan kulit termasuk kulit kasar dan kering. Dirumus dari ekstrak tulin herba semulajadi yang menyegarkan seperti Sej, Horse Chestnut dan Yarrow dan Rosemary.






Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah






Monday, February 23, 2015

Monday Blues


Terasa lemau diri sebab dah 4 hari cuti ... memag lepak habis kat rumah .. keluar pun sekadar syarat nak layan budak-budak...hari ini dah start kerja .. Ya Ampun berat betul nak bersiap nak pergi kerja

Mata layu jer .. teringat anak-anak mostly bantal .. sebab bila tengah tidurkan si kecik , ibunya join sekali ..hehehe

So nak buang rasa mengantuk ni ... kena la makan suplemen bagi semangat sikit .. kasi segar orang kata kan
So tadi lepas breakfast saya ambil

VITA - C - 2biji
Bcomplex - 2 biji
VITA E - 1biji



Kesan dia?

Segar sepanjang hari .. nasib baik .. kalau tak dah duduk dalam surau  , nak lelapkan mata..hahaha


Salam Sayang
JajaHamzah


Sunday, February 22, 2015

Piala FA - Selangor VS JDT

Again...

Liga Super  Selangor vs JDT

3 mata please tonite !

Nape gamba supporter Selangor? 

Saya kat VIP belah Selangor .. Huhu layannn


Go JDT Go !!


Sakit dada tengok game ni ... Alahai.... 
But in any way kena positif all the time



So keputusan adalah seri  1 sama ... dapat 1 mata 
ok you go JDT !! you guys ROCK !


Saturday, February 21, 2015

Kesihatan Tulang Anda Di Tahap Mana?

Kesihatan tulang jgn dipandang remeh..

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.



Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.


Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun.Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
______________________________________________________________________________


Bila baca artikel ni.. rasa nak telan sebotol Ostematrix.. (aci tak?)...... Sebelum ni takdelah hairan sangat bab-bab  tulang ni sebab bila rasa segar sihat.. memang tak ingat ape.. (lupe diri kannn) .. tapi bila pinggang rasa sakit.. lenguh-lenguh.. rasa mcm nak patah.. hmm.. baru sedar dirii.. Apa yg saya baca salah satu cara utk mengekalkan tulang yg sihat adalah pengambilan nutrien yg seimbang.. salah satunya pengambilan kalsium dari sumber susu,etc...








Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah



Fungsi Kalsium

Saya tertarik dengan artikel yang dishare diblog Pn Fiza..tentang kepentingan kalsium...yelah kan ..selama ni kalau sebut kalsium..kita hanya kaitkan dengan tulang..gigi yang kuat...sebenarnya ia amat penting lebih dari itu....mari kita baca...


Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Okey , Ini semua orang tahu, termasuklah budak sekolah rendah. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.






Kesuburan. 
Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.


Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. 
Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1%kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.


Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut.
Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya pernah rasa kejang kaki. Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. 


Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. Teringat seorang teman saya, tiba2 beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan


Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. 
Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. 


Kekurangan kalsium menyebabkan sistem 
Pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.


Melancarkan sistem jantung dan aliran darah
Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.

Saya pernah cerita mengenai emak saya, beliau dulu mengalami masalah jantung yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan tidak tersekat-sekat walau banyak bergerak dan berjalan. Memang benar, kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam darah.

Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau system saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan.Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Cegahlah sebelum menjadi lebih parah



Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..






Friday, February 20, 2015

Jangan Makan Vitamin C Shaklee !


Jangan makan Vitamin C Shaklee, jika tak dapat result seperti dibawah ... ngeee tajuk gempak .


Best kan? Kalau apa yang kita angankan kita idamkan dapat.. Ni testimoni dari salah seorang my classmate dulu aka my customer .. BERBALOI dan PUASHATI sangat ! Tak lama pun nak dapat kesan optimum ... Janji cara makan mesti betul .. Teruskan makan sayangku ..
Dan jangan pernah skip




 



Ni testimoni dari adik sendiri
Tidak perlu telan ubat selsema yang mengantuk dan pening bila makan tu
Ambil je yang natural
Jaga buah pinggang ye
Say NO to chemical


Ni testimoni dari Group kitorang B&C kat telegram :
Tak.payah nak pergi suntik vitamin C ..telan je..
Tak ambil masa lama pun
1 minggu dah nampak..
Dah la murah .. affordable sangat tau


TADAAAA - ni la VITA C PLUS tuuuu






sekilas fakta, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits).Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan,kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi,membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,membina kalogen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan,meningkatkan penyerapan zat besi




Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah



Kenapa Saya Pilih Vitamin C Shaklee

Kenapa saya pilih vitamin C jenama Shaklee?

Semua orang rasanya tahu pentingnya vitamin C untuk badan kita. Tapi tahukah anda haiwan mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri tetapi badan manusia tak dapat nak hasilkan vitamin C sendiri. Jadi kena dapatkan dari makanan atau suplemen. Kalau nak makan buah pulak, setiap hidangan buah-buahan hanya membekalkan dalam 60mg Vitamin C.Itu pun kandungan vitamin C dalam buah akan berkurangan selepas dipetik dan jika terdedah dengan panas. Bukan saya kata takyah telan buah.. Bukan begitu. Maksud saya, kita kena tampung kekurangan yang kita ambil dari buah-buahan tersebut dengan cara mengambil suplemen. Sebab tu saya makan vitamin C dan pilihan saya adalah brand Shaklee.


Okey saya bukan nak cerita fungsi vitamin C hari ni. tapi saya nak cerita kenapa saya suka vitamin C Shaklee. Of course sebab semulajadi, dan khasiatnya bersamaan kita mengambil 7 1/2 biji oren. Dan yang paling penting sebab ianya sustained released. Iaitu setiap 100mg vit c akan dilepaskan setiap jam selama 5 jam. Maksudnya Vitamin C Shaklee mampu bertahan selama 5 jam didalam tubuh kita.

Ini bermaksud tiada pembaziran berlaku kerana ia dibebaskan secara terkawal. Malah ada ujian klinikal membuktikan bahawa 2 tablet vitamin C mampu kekal dalam plasma darah selama 24jam. Cuba korang ambil sebiji Vitamin C Shaklee dan larutkan dalam air, ia mengambil masa yang lama untuk larut. dan bukannya terus larut. Haa itu lah sustained release. Dalam bahasa melayunya Sustained Release ni maksudnya sistem pembebasan terkawal.


Dan vitamin C Shaklee yang baru ni diupgrade iaitu penambahan 120mg bioflavonoids. Apa fungsi bioflavonoids ni pulak? Haa tu kena tunggu next entry saya.. Memang besttt sangatttt sampai saya tak sanggup nak tukar brand lain..hihihhi.. Rujuk dua gambar dibawah untuk ringkasan.










Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah




VB 2015

Hari ini saya nak becerita serba sedikit tentang diri saya ..

Saya bekerja di PETRONAS ICT kat MP KL , gaji yang ditawarkan memang lumayan , giler tak lumayan PETRONAS kot ... ( hahaha )

TAPI ! saya nak juga cari SIDE INCOME ,so memang  Shaklee yang saya pilih , sebab saya percaya pada produk dia yang dah 5o tahun kat dunia ini ..

Alhamdulilah...   Saya dapat extra income dalam RM 8, 0 0 0   selama 4 bulan saya serius dalam Shaklee  :))))

Saya boleh bayar duit umah 1 ribu tiap bulan tanpa usik pun duit gaji saya .. BEST kan?

Plus dapat beli suplemen dengan duit bonus tu jugak ... saya dapat supply pada adik badik saya ,.. pada mak abah .. ha tak BEST ke ? kalau dapat free vitamin?

Tak ada masa nak buat? Ya Allah kerja saya kalau awak nak tahu , tiap- tiap hari bawak ke rumah , malam -malam dah jadi burung hantu .. terkelip-kelip tengok laptop ..hahahaa, still boleh manage..

Kesimpulan yang ringkas ...SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA KAYA RAYA.. kena rajin kuat dari segi FIZIKAL & MENTAL ...dan yang paling penting ALLAH jangan ketepikan , buat suruhan dia dalam gandaan 2 - 3 ...

Pstttt!!!!!!!!!!   TAK NAK KE 8 RIBU RINGGIT ??????
WalaWEIIIII !  8 ribu bukan 80rgt !



Ini Vision Board Saya Thru 2015 .  doakan saya dapat capai semua ini 





Rentetan dari perenggan kat atas tu ... 

Dulu saya pernah join Hi -xx dalam tahun 2008 ( plus minus ) ingat lagi masa tu ngan Fara Sainai , so pergila seminar dia ,jumpa la leader-leader dia , bercerita sana sini , kena pasang kaki sana sini , dah macam kaki lipan (hahahaha) pastu kena invest kalau tak salah dalam 10 ribu , tapi masa tu duit tak cukup , punyala bersemangat konon , laburla gak 6ribu ke 8 ribu macam tu la , siap buat pinjaman bank RHB lagi (adeeehh) ,

So dapatla 4 bji water filter BIO-AURxx tu, bila sampai je rumah , tengok benda tu , terdetik dalam hati ..siapa nak beli water filter ni harga dahla RM2200 ... so nak tak nak , paksa mak abah beli , sekali ngan family inlaw (haisshh) tu bukan dapat bayaran sekaligus tu , bagi by installment ..
Lagi 2 biji tak ingat dah kemana  ... MENYESAL tak suda .... 6-8 k boleh guna untuk benda lain ...


Alhamdulilah saya join Shaklee membership just RM65rgt SAHAJA , ulang lagi sekali RM65 ringgit je , & dapat pulangan beratus ..beribu ... ratus ribu ... HAAAAAA? tak terbeliak ke biji mata korang ? RM 65 boleh menjana sampai ratus ribu ...



Subhanallah .. pastu tak payah kaki-kaki ye ...

Niat saya nak tolong orang kat luar sana ... dapat extra income & juga kesihatan yang baik
Pilihan di tangan anda ...........



Salam Sayang
JajaHamzah
0192682582

Healthy Instant Food



Mealshakes makanan segera yang sihat ! 


Mealshakes.. yang ini memangggg  faveret saya, customer-customer  saya dan rasanya mewakili majoriti ibu-ibu di Malaysia... hehe.. over ayat claim.. Saya gelarkannya fastfood yg sihat.. haaa.. jangan keliru.. kalau fast food biasanya makanan segera yang kurang sihat.. tapi Mealshakes ni minuman segera yg berkhasiat...french vanila flavor.. . 'segera' disini bermaksud ianya segera diserap... protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak-kanak sehingga dewasa.. 



french vanila flavor..bau aiskrim.. 

1 tin  ni kalau sorang anak je yang consume, boleh bertahan dalam 2-3bulan.. Shelf life Mealshakes juga tak lama (tempoh hayat expired) 

Ini untuk menjamin kesegarannya, yang best Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..


Memang sesuai lah utk anak -anak saya yg cerewet nak makan ... lagipun saya rasa harganya mampu milik.. semua org pun mampu memilikinya.. Kalau mampu beli mainan baju puluh-puluh ringit. takkan mealshakes tak boleh.. ye tak ?   .Purata ssbulan dalam RM20-RM0 sahaja..so no more excuses okay..... hihi





Apa pelaburan yang anda berikan untuk anak anda dari segi menjaga kesihatan ?


Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah



Thursday, February 19, 2015

11 Perkara Sunat Hari Jumaat


Perkara-perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat


Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. TAK BUAT RUGI Maka bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya

Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah.

AMALAN PERTAMA: Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akanmenyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain memotong kuku memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.


AMALAN KEDUA. Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu, mulakan selepas asar hari khamis dan di sambung sehingga asar hari jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

AMALAN KETIGA: Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnyasehingga matahari terbenam pada hari itu.”

AMALAN KEEMPAT. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)

AMALAN KELIMA. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah

AMALAN KEENAM. Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

AMALAN KELAPAN. Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.

AMALAN KESEMBILAN. Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

AMALAN KESEPULUH: Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

AMALAN KESEBELAS: Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."


Wasalam ... 

2 Tips untuk Jutawan

Alhamdulilah last Sunday berpeluang hadiri Basic Class Jutawan Shaklee .. Terasa semangat berkobar kobar .. Saya temui leader leader yang hebat.. Dan kagum dengan kesungguhan mereka..



Saya juga sempat berkongsi cerita tentang bagaimana Shaklee memberi kesan kepada saya terutama dari segi "masa" ...
Masa yang selalu mencemburui saya hehehe...
Saya masih bekerja dan Alhamdulilah saya boleh manage masa untuk berbisnes


If awak semua nak tahu ..Begitu hebatnya semangat kerohanian LEADER LEADER Shaklee ini... Berjaya bukan dengan mencantas rezeki rezeki orang lain .. Memang tak sama dengan MLM YANG LAIN... 


Semoga Allah mempermudahkan jalan saya untuk berjaya DUNIA & AKHIRAT

Ameenn....




Wednesday, February 18, 2015

Snap Sana Sini


Hehe sempat berselfie .. Dalam toilet pon jadila.. 

Snap sana snap sini gituuu




So nak gi makan dah nanti kita sambung ye..

Muahhhh





My BFF


Lama betul tak jumpa my BFF ni... Dari December last year dah plan nak jumpa sebab nak celebrate birthday Iena ( yang bertudung cokelat) ... Tapi masa tak mengizinkan .. So jumpa la hari ini....


Becerita meluah rasa suka duka .. Lepas rindu orang kata ....


Sesambil itu sempat gak menghantar order Shaklee Collagen Powder dengan Vitalea .. Thanks sayang!!


So Happy Belated Birthday Iena .. Semoga Allah memberi kesihatan,kekayaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat ...

So next time kita  set date lagi ye ...


1-0


Dalam sibuk sibuk nak meet dateline kerja... Sempat gak la pergi tengok perlawanan BOLA

PDRM vs JDT 



Nasibla anak .. Ibu ikut je abah .. Kalau tak kena tinggal kat rumah .. Hahaha

So game malam tu berpihak pada PDRM 


Tahniah !!
Apa-Apapun kedua - dua pasukan bermain dengan baik sekali , cuma tak puas hati kat PDRM , kenapa tak allowed BOS masuk dalam stadium ? Bila dah masuk 2nd half baru dibenarkan masuk .. tak baik tau tak baikkk

hehehe...






6 Cara Awet Muda

Siapa Tak Nak kelihatan MUDA     .............  lmacam "Fatin Liyana Asri" tu ? Siapa?  Tak kenal siapa ke?  Kan blogger famous tu .kannnn , try google ....comel kan dia ?

Tak teringin ke nak kelihatan muda dari umur sebenar ? hihihi

Sebenarnya tidak susah pun. Tak perlu cucuk sana cucuk sini pada muka kita ini , untuk kelihatan cantik dan muda. Kebiasaannya mereka yang awet muda ni rata-rata mengamalkan penjagaan kecantikan sebab ..... kecantikan bukan untuk diabaikan. Ia perlu dijaga sebelum ia pudar dan hilang. Betul tak ?

Cuba kita ingat , pernah tak  terjumpa mereka yang sudah berusia tapi masih kelihatan muda dan cantik. Tak makan dek usia gitu !  Wajah muka masih elastik, segar berseri-seri, tak ada jerawat , anjal , mulus tulus ( hehehe)  Umur nak masuk 40 tahun tapi tetap kelihatan seperti 20 an. ,Dalam hati mesti  OMG !! WOW!!!  konferm tertanya-tanya apa rahsia untuk kelihatan awet muda ni 

Haaaa ...
As below tu gambar saya .. Cuba teka berapa umur saya ?  cepat-cepat teka ! 
Tadaaa okla ...Saya lahir dalam tahun 1978 , cepat congak dalam kepala or cari kalkultor  ngeeee nak tanya la tu ..  apa yang saya amalkan ?

Senang je , salah satu daripadanya saya amalkan Set Cantik SHAKLEE  



Vivix + Shaklee Collagen Powder + ESP + Vitamin C   
 Vitamin E + B-Complex 







So berminat nak dapatkan produk apa yang saya pakai? Anda layak dapat konsultasi percuma dan siap dengan jadual makan khas buat customer saya..

NAK CANTIK perlu tahu cara makan yang betul .. Kang hentam kromo .tak lawa salahkan produk pulak .... Ngeeee


Owh ye ...kesimpulannya It's so IMPORTANT untuk kita menjaga KEREMAJAAN  sel kita gituuu agar terus sentiasa sihat, ..............sekurang-kurangnya kita tidak tua sebelum waktu .



SO ! 

LETS LOOK AND FEEL 25 YEARS YOUNGER!!






Sunday, February 15, 2015

Stress & B-Complex

Sebenarnya stress ni punca banyak penyakit-penyakit kronik....Banyak kesan-kesan kurang baik ke atas kehidupan..especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita (sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan... haaa.. point yang last tu memang menarik.. berat badan naik bukan je sebab anda banyak makan..tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti.


Jadi..utk mengawal stress.. anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu.Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...


  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma           
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic. 
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental 
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang 
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didalam badan 
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram



B Complex pilihan saya......................ialah ....................

B- Complex Shaklee

B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin


Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.. kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk ...jika dibiarkan.boleh menjurus ke penyakit fizikal.~overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan banyaklagi.... .dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yang kronik....Akhir kata.... sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda..



Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah

Saturday, February 14, 2015

Kebaikan & Keistimewaan Alfafa

Hari ni saya nak berstory  tentang Alfalfa memandangkan last month ramai betul yang beli Alfalfa daripada saya dan ramai yg tanya.. alfalfa ni apa..utk org perempuan je ke..... Eh tak yer.. ia sesuai untuk lelaki dan wanita.


Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan.?

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 




Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita 

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian 
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita). 
  5. Merawat arthitis 
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema 
  7. Merawat athma 
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik 
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor 
  10. Meneutralkan asid dalam badan 
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita). 
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita). 
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita). 
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita). 
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  16. Meningkatkan stamina seorang suami 
  17. Melegakan sembelit 
  18. Membuang angin dalam badan 
  19. Milk booster 


Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa...dan berikut mari kita tengok  Shaklee Alfalfa Complex


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.


Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?

Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It isorganically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity) Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon-hormom sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.Best kan ? Berminat ? Contact me okay?



Nak Get Pregnant ?

Assalamualaikum Semua


Ramai yang bertanyakan soalan ini pada saya , terutama sekali daripada pasangan yang telah berkahwin menjangkau dalam 3 tahun , risau kata diorang ,belum lagi mendapat cahayamata.

Disini saya senaraikan  cadangan suplemen untuk kesuburan. saya akan cuba membantu untuk anda membuat pilihan yang terbaik.


Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri 

ISTERI
1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Alfalfa (terutama yg sakit bila bersama/masalah keputihan)
6) GLA (jika period tak regular/selalu mengalami period pain)

SUAMI
1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Vitamin E
6) Zinc

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini? 

(1) ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur.

2) Vita-lea 
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin Shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex 
Penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b complex  Shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Asid folic juga penting bagi pembentukan janin bagi mengelak melahirkan anak cacat.

(4) Vitamin C 
Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

5) Alfalfa Complex 
Dapat membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

6) GLA Complex 
Dapat membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

7) Vitamin E 
Dapat membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya Vitamin E Shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala Vitamin E kebanyakkan yang ada di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

8) Zinc Complex 
 Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, Zinc ni memang penting untuk kesuburan.

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, dapat bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



Vitamin ini sebaiknya diambil bersama suami dan isteri. walau bagaimanapun, anda mungkin tak perlu ambil semua. Ianya bergantung pada sejarah kesihatan anda suami isteri. Kalau boleh Vitamin diambil beterusan . Kenapa ya? sebab vitamin mengambil masa untuk repair sel, sekurang-kurangnya 90 hari

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Sebagai manusia harus berusaha,





Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah

Mematahkan Vita-C , Mana Rasionalnya?


Group kami di telegram " Beautiful & Charming " kecoh sekejap bulan lepas ( Jan 15) bila kami semua dapat tahu bahawa
Sustained Release Vita-C Plus

Mematahkan pil Sustained Release(SR) Vita-C kepada dua akan menyebabkan penyerapannya kurang berkesan! Kami dapat infoini dari Nutritionist Shaklee.

Memang totally bercanggah dengan info yang terkini ini dan praktikal yang diperturunkan dari zaman berzaman oleh mereka yang telah lama mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C.


Mengikut pendapat mereka:

Sewaktu demam, batuk, selesema atau kurang sihat, keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu tubuh melawan penyakit. Apabila SR Vita-C dipatahkan kepada dua, seluruh 500mg Vita-C akan direlease kedalam tubuh pengguna.


### Ini jugalah yang saya pegang selama 5 tahun, bergelar penguna tegar Shaklee dan sering melakukannya ketika saya dalam proses untuk lebih sihat. (To be honest, memang rasa perubahan, mengapa? -- mungkin kerana mindset, wallahualam)###



Jadi apakah sebenarnya "Sustained Release"?

Shaklee adalah pioneer dalam menggunakan teknologi SR, dimana, setiap vitamin C yang terkandung dalam SR Vita-C, diselaputi lapisan yang akan melepaskan Vitamin C tersebut secara berperingkat, iaitu 100 mg setiap jam.


Mengapa "Sustained Release" perlu untuk Vitamin C?

Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C adalah sejenis Vitamin larut air. Tubuh kita hanya boleh menyerap Vitamin C 100-200mg dalam masa 1 jam, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing.Dengan pelepasan berperingkat oleh SR, tubuh kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih optimum dan mengurangkan pembaziran Vitamin C melalui Urine.


Apa berlaku apabila, SR Vita-C dipatahkan 2?

Apabila kita mematahkan, atau menumbuk, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. Ini mengakibatkan pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat. Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui urin, di sinilah berlakunya pembaziran kepada wang yang telah kita laburkan.Ya Ampun ! 

 Ilmu baru yang wajib saya sampaikan dan perjelaskan pada anda semua, untuk saya dan juga semua pengedar dan pengguna Shaklee SR Vita-C.


Bagaimana Saranan Scientist / Nutritionist Shaklee?

Untuk keperluan harian Vitamin C kita, 500mg Vitamin C adalah mencukupi dan sekiranya kita dalam proses untuk sihat, (cth: demam, selesema, batuk) keperluan Vitamin C diperlukan sehari meningkat tetapi kadar penyerapan tubuh masih sama (atau sedikit meningkat dari 100-200mg). Cara yang efektif adalah dengan mengambil 2 biji SR Vita-C (tanpa dipatahkan) setiap 5 jam. Dengan ini, setiap jam 200 mg Vitamin C akan dilepaskan untuk penyerapan tubuh dengan lebih efektif.



Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin. hurmmmm.





Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah






Thursday, February 12, 2015

Punca Jerawat


Jom baca penyebab jerawat muncul pada muka!




Naik geram bila ada satu jerawat naik kat muka ni. Jerawat ni dah la naik betul-betul atas pipi kiri, b! Mesti korang pernah alami perasaan macam ini kan? Tertanya-tanya kenapa ada jerawat naik pada certain kawasan muka je?


Kawasan jerawat muncul pada muka

Jerawat muncul pada muka area 1 dan 2:

Ini berkaitan dengan masalah sistem pencernaan dalam badan. Cara penyelesaian, disarankan kurangkan makan makanan segera, makanan yang berlemak dan tingkatkan pengambilan air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan 3 liter air masak.


Jerawat muncul pada muka area 3:

Kalau jerawat kawasan 3 iaitu diantara celah kening. Ia dikaitkan dengan masalah hati. Bukan masalah bab hati dan perasaan tau! Hehe.. Untuk mengatasi masalah ini disarankan untuk mengurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.


Jerawat muncul pada muka area 4, 5 dan 7:

Jika jerawat muncul pada kawasan 4, 5 dan 7, ianya dikatakan masalah kekurangan air dalam badan. So,  dah tau masalahnya sebab kurang minum air. Jadi pasni jom sama-sama tambahkan pengambilan air suam.

Jerawat muncul pada muka area 6:

Ianya dikaitkan dengan Jantung. Kita kena jaga tekanan darah supaya tak naik tinggi. Antara saranan untuk penyelesaiannya ialah dengan mengurangkan makan makanan pedas dan juga daging. Kemudian tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega 3. Erk.. daging tue memang salah satu favourite cik tom.. tambah2 lagi makanan pedas baru terbuka selera nak makan.

Jerawat muncul pada muka area 8:

Jerawat yang muncul pada kawasan telinga ini dikaitkan dengan buah pinggang. Ini kerana mungkin kurangnya pengambilan air dan terlebih pengambilan garam dan kafein dalam badan. Sebaiknya ubah gaya hidup kita dengan lebihkan minum air masak dan kurangkan pegambilan garam dan kafein dalam masakan serta minuman seharian.

Jerawat muncul pada muka area 9 dan 10:

Ianya dikaitkan dengan masalah pernafasan. Untuk elakkan masalah pernafasan, sebaiknya elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta banyakkan bersenam.

Jerawat muncul pada muka area 11 dan 12:
Penyebab utama jerawat muncul pada kawasan bawah mulut ini ialah hormon dan stress. Pastikan tidur yang secukupnya, lebihkan minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran hijau dalam pemakanan.

Jerawat muncul pada muka area 13:

Kalau jerawat korang kerap muncul pada kawasan dagu, ianya dikaitkan dengan masalah usus. Untuk memperbaiki sistem usus dalam badan digalakkan lebihkan makanan berserat dan perbanyakkan minum teh herba.

Jerawat muncul pada muka area 14:

Jerawat yang muncul pada kawasan leher ialah disebabkan penyakit. Badan korang mungkin sedang melawan bakteria untuk menggelakkan ianya dari jatuh sakit. Sebaiknya perbanyakkan berehat dan berfikir positif supaya hidup ceria dan jauhi stress.



Sekiranya, korang nak dapatkan lebih banyak nasihat dan tips mengenai penyebab, permasalahan atau cara mengubati jerawat ini sebaiknya dapatkan dari doktor pakar jerawat di; http://www.drhasseenah.com/jerawat/. Selamat mencuba dan berikhtiar ye.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...