Friday, January 30, 2015

10 Tip Urus Anak Agar Tidak Kelam Kabut


Dunia boleh jadi terbalik jika menguruskan anak lebih-lebih lagi di awal pagi. Sama ada seorang ibu itu bekerja mahu pun suri rumah, menguruskan anak tetap mencabar bagi seorang ibu. Tanpa persediaan dan perancangan yang baik, mana mungkin sebuah rumah dapat diuruskan dengan baik dan tersusun. Berikut adalah tip bagi menguruskan anak agar tidak kelam kabut.

1. Siapkan barang pada malam sebelumnya

Menyiapkan barang seperti baju yang siap bergosok dan bahan-bahan masak untuk sarapan pada malam sebelumnya adalah satu tindakan yang sangat bagus dan teratur. Ini dapat memastikan kita bangun dengan tenang tanpa perlu bergegas dan berpeluh menyiapkan segalanya di awal pagi.
Bila semuanya mahu diselesaikan awal pagi, secara tidak langsung, ia akan memberi impak pada mood hari itu. Bayangkan terkejar-kejar sehingga berpeluh, tentu sekali tidak selesa. Hal ini akan terbawa-bawa sehingga ke tempat kerja. Dan perkara ini berulang lagi setiap hari.

2. Bangun awal

Ibu perlu bangun awal pagi bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Waktu yang paling ideal ialah 5.30am-6.00am, iaitu sebelum waktu Subuh. Bayangkan apakah yang berlaku jika ibu dan ayah bangun lewat? Pasti huru-hara jadinya. Bangun sebelum anak bangun dan siapkan tugasan yang perlu. Ini amat membantu.

3. Sediakan jadual

Jadual apa yang ibu perlukan? Ia terpulang kepada ibu itu sendiri, samada jadual mencuci, melipat kain, menghantar anak dan sebagainya. Ini juga memastikan segala tugasan ibu di rumah mahu pun di luar akan lancar sahaja.

4. Tunggu anak tidur

Ambil peluang ketika anak sedang tidur atau anak sedang main, ketika mana mereka tidak menggangu tugas harian kita, untuk menyelesaikan tugasan yang belum siap seperti melipat kain, sidai kain dan sebagainya. Sambil-sambil layan movie di Astro, sedar tidak sedar, sudah siap lipat satu bakul kain baju.
Cuba tips melipat baju seperti di bawah:





5. Sediakan menu

Pening memikirkan menu setiap hari? Sediakan menu agar kita tidak membuang masa memikirkannya. Kini sudah banyak menu yang ringkas, sedap dan berkhasiat. Tampal di dinding untuk menu seminggu dan ini akan memudahkan kerja ibu. Ada ibu yang hanya beli roti putih Gardenia atau roti krim Delicia perasa coklat. Kononnya, mudah untuk anak makan setiap pagi.
Benar, niat itu memang murni, tidak mahu anak lapar. Sebaliknya, bayangkan dari segi psikologi anak pula. Walaupun anak tidak kata apa-apa, dalam hati mereka terdetik, “Asyik-asyik bagi roti krim ni. Dah muak laaa. Mama ni tak nak masak apa-apa ke untuk breakfast?”

6. Kerjasama suami

Tanpa bantuan ayah, ibu mungkin akan mudah rasa tertekan. Suami mesti peka dengan keperluan isteri dan isteri pula mohon bantuan suami bagi memastikan tugasan menjaga anak-anak dan rumah menjadi mudah dan teratur. Jangan asyik biarkan isteri macam lipas kudung setiap pagi. Bagaikan tidak cukup nafas bila perlu gosok baju anak sekolah, gosok baju sendiri dan gosok baju suami.
Jika suami tidak pandai gosok baju cantik-cantik, apa salahnya tolong basuh baju dan sidai baju? Kenapa mesti malu?

7. To-Do-List

Salah satu tip bagi mengelakkan ibu kelam kabut adalah sentiasa membiasakan membuat senarai untuk apa jua seperti barang yang perlu dibeli, atau senarai tugasan yang belum selesai. Tampal dengan magnet pada peti sejuk, senang mahu lihat dan agar tidak lupa.

8. Outsource

Jika ada sesuatu kerja yang ibu tidak mampu lakukan, berikan atau upah orang lain untuk melakukannya. Contohnya, potong rumput di belakang rumah, menggosok baju atau pun membersikan rumah. Ini sekali sekali dapat meringankan beban ibu. Jika tidak mampu kemas rumah dek kesibukan kerja pejabat seharian, boleh cari part-time maid yang boleh datang waktu malam atau hujung minggu. Ambil 2 orang maidsekaligus, selama 4 jam.
Suami pula, jangan elakkan diri dari buang sampah dalam tong sampah. Jangan buat-buat tidak tahu bila sampah menimbun, sampai isteri tarik muka!.

9. Gunakan teknologi terkini

Dengan teknologi yang semakin canggih, dunia berada hanya di hujung jari. Jika ibu tidak berkesempatan membeli barang, sekarang sudah ada kemudahan membeli barang secara on-line. Contohnya, jika berada di kawasan bandar, boleh cuba buat pesanan dengan Tesco Online. Mungkin ibu boleh cuba sekali sekala!

10. Didik anak ringan tulang

Ibu seorang tidak cukup bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Didiklah anak agar sama-sama membantu. Beri mereka tugasan yang mudah seperti meletakkan baju kotor di dalam bakul baju atau menyangkut semula baju sekolah selepas pulang dari sekolah. Ini sangat-sangat membantu.
Perkara-perkara kecil boleh serahkan pada anak, seperti cuci bilik air. Walaupun mungkin akan cuci tidaklah sebersih mana, paling tidak dia tahu erti tanggungjawab.





Wednesday, January 28, 2015

Selulit

Selulit.. Arrrgghhhhh.. ngeri kan.

Jom kita study SELULIT ini sikit, sebelum saya syorkan cara - cara untuk atasi & suplemen yang patut kita ambil untuk mengurangkan / mengatasi masalah selulit ini .


Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.


Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat(blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.


Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di android pattern collection yang tertumpu di perut dan dada.








Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :


1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.


2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam

4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit

5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit 

7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman 
Beberapa wanita mengalami masalah selulit di kulitnya. Walaupun selulit sering muncul di bagian kulit yang tersembunyi, tetap saja membuat wanita tidak percayakan pada diri sendiri. Oleh itu akaum wanita harus lah berhati-hati dengan makanan tertentu yang dapat menyebabkan selulit. Walaupun selulit tidak bahaya dari segi kesihaatan tetapi selulit tetap nampak tidak cantik pada kaum wanita yang boleh menyebabkan seseorang itu merasa malu atau rendah diri.





Di mana nak tengok selulit ni?
Haaa biasanya di bahagian peha, lengan, betis.. ada lah beberapa part di tubuh kita yang lain



Tips Untuk Mengatasi Selulit 





boleh view website ini http://info-kesihatan-terkini.blogspot.com/2014/05/apa-itu-selulit.html  if nak tahu lebih lanjut mengenai selulit ini .



Produk Shaklee yang di cadangkan untuk masalah selulit adalah:

ESP

ESP ni protein, yg mana dia memberi tenaga dan Protein ni di simpan dalam otot-otot badan kita dan ia BAIKI TISU SEL BADAN kita, dan inilah yg menyebabkan selulit berkurangan. Protein juga lancarkan pengaliran oksigen melalui darah sekaligus meningkatkan sistem imunisasi badan kita



Vitamin C ( ada bioflavonoid)
Meransang pembentukan kolagen yang ada dalam badan. Kolagen sangat penting kerana ia menghalang otot jadi lembik. Kandungan bioflavonoid membantu memperkuat dinding pembuluh kapiler.



Vitamin E
Ianya sebagai antioksida, memerangkap radikal bebas yang terdapat dalam tubuh dan melancarkan peredaran darah. Ia juga membantu meningkatkan keanjalan salur darah.



Carotomax
Dapat memperbaharui sel dan membantu mengurangkan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat.

Berminat dengan produk shaklee untuk masalah selulit anda?






# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah


Monday, January 26, 2015

Lecithin VS OmegaGuard

Nak Kurus ? Lecithin atau OmegaGuard 

Saya biasa mendapat pertanyaan dari pengguna Shaklee. Mereka ada sedikit kekeliruan dalam memilih LECITHIN atau OMEGAGUARD untuk program shape up atau pengurusan berat badan. Ok, jom kita semak balik fungsi Lecithin dan OmegaGuard.

LECITHIN SEBAGAI PENGEMULSI LEMAK?

Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. 

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya ‘membakar’ lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Lecithin

Jadi, boleh kurus ke guna Lecithin ni? Terpulang. Kalau tiada lemak termendap, maka kuranglah lemak terkumpul. Customer saya ramai yang mengalami kekurangan berat, ada juga yang maintain sahaja tak turun- turun. So Lecithin bukan lah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi lemak. Jika anda perlukan sesuatu untuk mengeluarkan lemak yang telah teremulsi, pilihla Herblax atau Alfalfa.




BAGAIMANA DENGAN OMEGA GUARD ?


Omega Guard


Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? 

Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak –> menambah metabolism –> bakar lemak


Apa lagi peranan Omega Guard dalam pengurusan berat badan ? Ia juga berfungsi:

  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah – beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin – kimia otak yang buat kita rasa kenyang – so boleh control makan.


  • Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu untuk mengawal gula. 

  • Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.


Jadi, anda sudah faham kan peranan Lecithin dan Omegaguard dalam usaha nak kurus.? Maka, buatlah keputusan yang bijak. Pucuk pangkal yang UTAMA adalah konsisten, istiqamah denga azam nak uruskan berat badan.



# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini

JajaHamzah







FaizWorld Training Centre

Sabtu yang lepas (Jan2415) saya berpeluang untuk menghadiri kelas Blog & SEO yang dikendalikan oleh Cheeta & Kay , ada juga speaker jemputan dari Aula (my mak hehehe) memang dari hari ke sehari nak join kelas yang ada di FaizWorld ni, rugi rasanya kalau tak grab peluang untuk pergi ke kelas-kelas yang ada ni, bukan senang nak dapat peluang menimba ilmu, kalau kat luar tu bayaran dah tentu cecah ratusan kan?



Saya ni bukan la pencinta IT sangat, yang saya tahu pasal internet ni hanya buka Maybank2u or Cimbclicks bila gaji dah masuk then shopping online ( hehehe), so masa kat kelas hari tu macam- macam yang saya boleh pelajari, from Top to Toe gituuuu .. Banyak rupanya kita boleh buat dengan blog ni.

Alhamdulilah saya dapat juga ilmu blog ni walaupun saya terkial-kial lagi ( better than nothing right?) 

For my mak pula , Aula dia ada sharing berkenaan dengan VIVIX, kebetulan bulan January , adalah promosi untuk VIVIX, Memang BESTTTT sangat ! Dia kupas bagaimana VIVIX ini dijumpai , siapa yang produce VIVIX ini mula-mula dan bagaimana SHAKLEE berjaya keluarkan VIVIX pada tahun 2008 , Aula ada juga sharing tentang SHAKLEE EFFECT salah seorang ahli group B&C , Kak Mai , tengok gambar kat bawah itu ,pertama kali saya lihat Kak Mai memang tak percaya , FYI Kak Mai ni dah lebih 40 tahun. Jealous kan? Still Muda & Sihat Bertenaga


SHAKLEE EFFECT


Hari tu juga saya dapat mendengar luahan rasa para peserta apabila masing-masing berkongsi tentang SHAKLEE EFFECT yang mereka alami. Memang amazing sangat-sangat! Tidak perlu nak membelanjakan ribuan ringgit untuk sihat dan cantik.

Duit kalau banyak pun , badan tidak sihat , terlantar kat katil or kena ambil rawatan tiap-tiap bulan di hospital , sudah tidak bermakna, hilang nikmat yang Allah pinjamkan dekat kita, bukanlah nak sihat itu untuk melompat-lompat riang ria, kita boleh menambahkan lagi saham diakhirat kita, boleh buat yang sunat tu banyak-banyak, dapat menambah pahala kan?


Dan yang paling best is part yang last, ada selingan video tentang bagaimana mereka yang berjaya menempuhi segala dugaan yang mereka hadapi , bagaimana gigih dan semangat nya mereka ini untuk berjaya , memang TOUCHING sangat-sangat, tontonan video tu sedikit sebanyak menyuntik semangat saya untuk terus ke hadapan. Ada Donald Trumph , Jim Carey, Will Smith dan ramai lagi la , bergenang la juga air mata saya sebab terharu melihat kejayaan mereka.


Saya nak  berjaya! . Dunia dan Akhirat In Shallah .. Doa kan saya ye

FaizWorld Training Centre


Nampak tak saya? Hihi , saya yang bertudung merah , barisan yang ke 4, tengah khusyuk dan tawaduk mendengar . 

Insha allah jika diizinkan tuhan , saya nak join kelas-kelas yang lain, Saya nak kutip caj-caj positif , nak berjaya itu mudah , tapi nak kekal berjaya itu satu CABARAN YANG BESAR.




# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah














ESP Shaklee Bukan GMO Biasa

ESP Shaklee Bukan Soya GMO Biasa


Ramai yang masih tidak tahu tentang GMO vs NON GMO.Padahal isu ini sudah hangat diperdebatkan di peringkat antarabangsa.Longgokan produk GMI dipasaran bebas dijual tanpa dilabel.


GMO7


Apakah Makna GMO?

GMO bermaksud " Genetically Modified Organisma" . Ia biasanya merujuk kepada makanan yang telah diubah suai genetiknya atas sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kesihatan atau makanan. Untuk mengenal makanan GMO ini , atau turut dikenali sebagai GE atau juga istilah seperti genetik diubah / ubahsuai secara genetik atau juga secara genetik bertambah baik untuk makanan ini , namun kebanyakkannya ia tidak dinyatakan dalam setiap makanan yang sedang dijual di pasaran.

Antara Contoh makanan GMO adalah 

1. Tomato dengan jangka hayat segar yang lebih lama 


2.Padi golden rice dengan kandungan vitamin yang lebih tinggi
3.Jagung yang rasanya lebih manis

4.Ayam yang disuntik untuk mempercepatkan tumbesarannya


5.Sayuran seperti sawi
6.Kacang Soya 

Apakah Kesan Produk GMO Pada Manusia?

1. Meningkatkan risiko alergik terhadap makanan
2. Meningkatkan paras toksin dalam badan manusia
3.Merendahkan nilai nutrisi makanan
4.Punca kegagalan fungsi Antibiotik " Antibiotik Resistence "




Syukur diberi kesedaran awal tentang ini. Inilah sebab yang kuat untuk saya memilih Energizing Soy Protein Shaklee sebagai sumber protein kami sekeluarga.

ESP Shaklee membekalkan tenaga dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. 

Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh badan yang sihat. Bagaimana saya pasti yang ESP Shaklee adalah NON GMO ? 


Jelas sekali tertulis di canister ESP Shaklee

ESP 

Shaklee menggunakan Identity Preservation Program (IPP) untuk memastikan kacang soya yang dihasilkan bebas daripada sebarang perubahan genetik daripada benih hingga kepada pengeluarannya.

 Kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Apakah yang dimaksudkan dengan  Identity Preservation Program (IPP)? Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan berkualiti, kita perlu melakukan sesuatu dengan yang terbaik. 
Dalam konteks nutrisi, Proses Pensijilan Tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preservation Program (IPP) adalah satu proses atau sistem untuk mengekalkan pengasingan dan mendokumenkan identiti sesuatu produk. Dalam bahasa mudahnya, untuk memastikan genetik sesuatu biji-bijian atau produk makanan itu tidak diubah suai (Non-GMO).  


Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention.

Ia diproses dengan air, bukan alkohol dan diproses dengan suhu rendah.

Oleh sebab itu lah yang menjadikan ESP – Soy Protein Isolate Powder, ini adalah Protein Non-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino Perlu ianya adalah merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik. 

Jadi, kita tak perlu risau lagi kerana ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO yang telah melalui proses pensijilan tersendiri.


Sumber :
1. Buku Nutrisi Shaklee
2. Website http://www.shaklee.com.my/



# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah

Tidak suka tablet?

Vivix Shaklee Sesuai Bagi Meraka Yang Tak Suka Ambil Tablet


Banyak makanan yang kita makan hari ini di mutan kan tanpa kita sedar atau mungkin kita tahu ia boleh memudaratkan kita.

Akan tetapi kita tetap jua memilih jalan dengan menyifatkan sebagai " tidak ada pilihan" atau mungkin terpaksa mengambil makanan yang kurang sihat atau mungkin kita ini berfikir " ala bukan ambil selalu pun , tak akan ada kesan apa-apa pun"

Sikap sebegini sebenarnya membuatkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit yang menyerang kita tanpa kita sedari. Manusia khususnya sememangnya sukar untuk mengawal nafsu makan ( Betul tak ?) Kita lebih gemar memilih makanan ntuk sedap dan bukan makan untuk sihat 

Contoh nya : Kita tahu ayam sekarang ni banyak yang suntik , sayur pun ada gak yang kena suntik , telur ada pula yang tak oriinal. Beras tu pun belum tentu bersih dari mutasi .

Jadi , saya sarankan , seeloknya 1 VIVIX SATU KELUARGA


Vivix


Kenapa Setiap Keluarga Perlukan VIVIX SHAKLEE?

1. Ramai tak suka makan pil , terutama anak-anak yang semakin membesar .Anak yang berumur setahun ke bawah tidak memerlukan suplemen , hanya susu ibu sudah memadai. Orang dewasa pun ada yang tidak gemar mengambilkan jenis pil kan? 


Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas sudah boleh mengambil suplemen ( disarankan ibu bapa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ) , seperti Vitalea for Children & Vitamin C Chewable. Bagi anak-anak yang susah nak telan tablet , boleh tukar ambil Mealshake ,

2. Vivix suplemen adalah berbentuk liquid , rasa campuran berry , sangat mudah diambil , hanya 1 sudu teh sahaja setiap hari .

3.Untuk memperbaiki semula kualiti kesihatan badan yang mungkin bila-bila masa sahaja boleh diserang penyakit kronik .Sebelum ada penyakit yang menyerang kita, elok la sekiranya kita mengambil langkah pencegahan , Pengambilan Vivix juga menampakkan kita 25 tahun lebih muda dari umur sebenar (body age).

4. 1 botol Vivix boleh tahan selama 2bulan, Kalau kita sudah mempunyai Vivix sebagai suplemen utama kita , jikalau anda tidak mahu suplemen yang lain tidak mengapa , tetapi sekiranya anda ada budget lebih dan mahukan suplemen - suplemen yang lain , adalah sangat-sangat digalakkan.

5. Untuk memperbaiki DNA kita, setiap hari tubuh kita mengalami kerosakan DNA ( salah satu sebabnya adalah akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix tersebut membantu dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

6. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser , contohnya kimoterapi , ianya adalah bagi mengembalikan sel -sel tubuhnya kepada keadaan yang asal.

7. Memperbaiki tenaga sel .Semakin tubuh kita tersedah kepada penuaan , semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga.Ini akan menurunkan fungsi sel .Vivix membantu untuk menguatkan sel tubuh .

8. Membantu meningkatkan fungsi otak kardivaskular imuniti dan sendi. Semakin kita tua , semakin kita akan rasa sakit sana sini, ingatan pun kian pudar, Vivix membantu mengembalikan keremajaan kita.


Memelihara kesihatan dari dalam itu lebih baik dari merawatnya selepas adanya simptom penyakit.

Jadi , apa pilihan kita ? Cegah atau Rawat?

Dapatkan Vivix hari ini , sementara kita masih sihat 
January adalan bulan promosi khas untuk 1 keluarga 

Tinggal hanya beberapa hari lagi untuk mendapatkan  Vivix buy 6 free 1 or beli Twin pack .





# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah


Saturday, January 24, 2015

Kesan Makan Vitamin

Baby akan besar kalau makan supplement masa mengandung"
"Tak boleh selalu sangat makan supplement ni..nanti rosak buah pinggang" 


Pernyataan di atas adalah antara sebab kebanyakan orang takut untuk mengambil supplement. Alasan ini jugalah yang menjadikan mereka tidak konsisten bila consume vitamin dan wujud golongan anti-supplement Hmm..bukanlah salah mereka apabila maklumat yang mencukupi tidak diperolehi mereka. Setiap orang berhak mempunyai pendapat dan pilihan sendiri. 

Vitamin boleh memberi kesan sampingan jika :


1. Pengambilan vitamin melebihi dos yang disyorkan. Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi. Vitamin C pula jika diambil lebih 2000mg sehari boleh menyebabkan cirit-birit.

2. Pengambilan yang banyak (kalsium) dalam satu masa juga boleh membebankan fungsi buah pinggang. Samada kerosakan pada buah pinggang ataupun batu karang. Seeloknya jangan lebih 600mg dalam 1 masa. Kerana itu Ostematrix Shaklee sebiji 250mg.

3. Kurang minum air, ini adalah kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Jika anda makan vitamin C tetapi kurang air, maka ia ditandai dengan batuk. Vitamin larut air memerlukan air yang mencukupi untuk larut. Minum 200ml / segelas kecil setiap sejam.




4. Salah faham. Contohnya selepas pengambilan vitamin B-Complex, air urin akan berwarna lebih pekat. Itu normal dan bukan kesan sampingan.Perubahan warna urin  bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa-apa brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu,tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkinmenjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang. 



5. Pengambilan vitamin sintetik (dalam botol ada silica gel) untuk jangka panjang dibuktikan melalui penyelidikan memberi lebih kesan buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Shaklee 100% semulajadi! Kerana itu anda tidak berjumpa silica gel dalam botol Shaklee sepertimana dalam beras, tepung, biskut.


6. Faktor lain antaranya mencampur terlalu banyak produk dalam 1 masa atau menggunakan produk yang tidak selamat diguna bersama. Seeloknya gunakanlah sesuatu produk itu mengikut konsultasi pengedar dan dalam kes penjagaan kesihatan, banyak bukan bererti bagus. Sebaliknya produk yang berkesanlah yang bagus.


 
7. Pengguna mempunyai alahan atau penyakit seperti lupus yang tidak boleh menerima sesetengah produk. Maka adalah penting anda mengenali tubuh anda dan memaklumkan pengedar apa yang anda alah. Contoh macam pelanggan saya awal2 dah bagitau dia alah minyak ikan. So tidak lah saya suggest dia ambil Omega Guard walaupun banyak manfaat.


8. Cara guna tidak betul kerana tidak mendapat guide yang betul. Sama ada beli dari premis tanpa khidmat nasihat percuma berterusan atau beli dari ahli yang menggunakannya untuk diri sendiri tanpa study mengenai produk. Sebagai contoh vitamin C perlu diambil pada waktu pagi jika kulit jenis berminyak, jika diambil waktu malam kemungkinan tumbuh jerawat. Boleh jadi ingin hilangkan jerawat, tetapi dicadangkan penjual ambil vitamin C berbanding vitamin E, walhal vitamin E lah yang terpenting jika ingin nak hilangkan jerawat.



Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582



#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


  


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah



Sunday, January 18, 2015

Asal Usul Shaklee



Assalamualaikum

Rasa-rasanya sepanjang saya berblogging tentang Shaklee, tak pernah lagi saya cerita tentang asal usul Shaklee ni kan ? Here we go ! 


Shaklee -Warisan Selama 50 tahun 

Lebih daripada 50 tahun , Shaklee menerajui perniagaan produk kesihatan semulajdi yang kukuh.Dr Forest C Shaklee lebih mendahuluinya dengan mencipta " Vitalised Mineral" iaitu multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915. 


Dr . Forrest C Shaklee

Pada tahun 1956 , Dr Forrest C Shaklee menubuhkan syarikat mesra alam dengan menghasilkan produk bagi meningkatkan kesihatan insan dan bumi 


Sejarah Perkembangan Shaklee

1960
Shaklee memperkenalkan pencuci pekat organik Basic H , iaitu salah satu pencuci biodegradasi bebas toksik yang PERTAMA

1961
Shaklee mencipta salah satu rumusan suplemen protein berasaskan soya yang PERTAMA.

1972
Shaklee memperkenalkan serbuk pencuci pakaian biodegrasi tanpa fosfat ,nitrat atau borat yang PERTAMA.

1977
Shaklee disenaraikan dalam Bursa Saham New York (New York Stock Exchange)

1981
Shaklee memperkenalkan Vitamin C yang berasaskan tumbuhan dengan pembebasan terkawal yang PERTAMA

1982
Shaklee menjadi syarikat Fortune 500

1993
Shaklee mencipta dan membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi yang dirumus khas untuk para angkasawan yang digelar Astro Aide.

1996
Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta

2000
Shaklee menjadi syarikat PERTAMA di dunia yang memperolehi sijil CLIMATE NEUTRAL yang mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida di mana ia menghasilkan impak sifar pada alam sekitar.

2004
Shaklee membantu atli-atlit bertaraf dunia dengan memenagi 15 pingat emas di Athens , Greece

2005
Shaklee memperkenalkan satu daripada formula imum penggalak interferon semula jadi PERTAMA yang dinamakan NUTRIFERON.

2006
Pasukan Ski dan Luncur Salji Amerika Syarikat yang diperkasai oleh Shaklee telah memenangi 10 pingat di Torino, Itali.

2008
Shaklee memperkenalkan VIVIX iaitu penemuan revolusi terbaru dalam anti penuaan sel.

--------------------------------------------------------------------
Sumber Buku :  A Right Start to Good Nutrition


Punyalah banyak perkataan PERTAMA dalam salasilah pencapaian Shaklee dari awal penglibatannya, Hebat bukan?

So? Anda masih lagi ragu-ragu dengan kehebatan Shaklee ?


Tepuk Dada Tanyalah Diri




# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.



See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...