Tuesday, May 5, 2015

Tips Magika : PRAY HARD, WORK SMART


Antara tips orang-orang  yang dah berjaya dalam bisnes adalah mereka sering tekankan keutamaan solat. Baik solat wajib mahupun sunat (dhuha,tahajud,hajat,taubat,istikharah,)

Kenapa ya? Solat PENTING untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya?

Mari saya share disini. Moga bermanfaat buat kita semua

Begini...

>>Bagaimana melatih hati untuk fokus mengingatiNya?
Jawapan: dengan Solat


>>Dalam bisnes pula bagaimana nak berlatih untuk fokus kepada matlamat/goal
Jawapan: juga dengan Solat

Solat menjadikan seseorang itu berdisiplin,bersih,bijak mengurus masa,tawaduk,yakin diri,bersemangat tinggi dan nilai2 bagus yang lain dalam bidang perniagaan.
Jaga solat anda. Itu kunci utama.


Tapi kenapa masih ada yang tak berubah walaupun dah solat?
Ini kerana solat hanya menjadi rutin dan ritual biasa.
Ritual yang tak membina spiritual. Rutin yang tak membina disiplin.
Tetapi jangan salahkan diri. Tetapi jangan pula biarkan diri leka tidak bergerak untuk berubah
Untuk membina solat yang khusyuk memang mengambil masa.
Semak dan perbaiki mutu solat dari segi Perbuatan, bacaan dan penghayatan.
Tingkatkan Rasa kehambaan- rasa kagum, takut, harap, hina dan malu seorang hamba
Membina yang baik memang mngambil masa begitu juga khusyuk.
Mulakan dengan solat setiap hari. Perlahan-lahan tingkatkan mutunya.
Hanya solat yang khusyuk mampu memberi kesan kepada keperibadian..kerana hanya solat yang khusyuk sahaja mampu menyentuh hati


Bila anda berjaya menemui solat yang khusyuk, anda pasti menjadi ahli perniagaan yang berjaya, berdisiplin, bijak mengurus masa,tawaduk,yakin diri.


Credit  to MAMAFAIZ.com

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...