Monday, March 9, 2015

Bell 's Palsy

Apa itu Bell’'s Palsy?

Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.




Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’'s Palsy,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.

Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’'s Palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom Dan Petanda

Dr. Loganathan berkata, Bell'’s Palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.

“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.

Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.

Rawatan

Menurut Dr. Loganathan, hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell'’s Palsy,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi kata beliau, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.

Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

“Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas,” katanya.

Beliau menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.

Beliau turut menyarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.


Pembedahan

Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas.Pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Rawatan Alternatif

“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’'s Palsy,” kata beliau.

Namun Dr. Loganathan tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, beliau tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’'s Palsy.


TIPS UNTUK PESAKIT BELL'S PALSY
  1. Tuam bahagian yg terlibat. Boleh gunakan batu sungai yang kecil, panaskan di atas api, kemudian tuam bahagian muka pesakit dua kali sehari.
  2. Elakkan tidur di bawah kipas yang laju atau aircond yang terlalu sejuk.
  3. Kurangkan minum minuman sejuk atau berais.
  4. Lakukan akupuntur.
  5. Amalkan senaman muka.


CUBA CARA ALTERNATIF - VIVIX

Salah satu supplement Shaklee yang terbaik di dunia ialah VIVIX. Bukan sahaja terbukti sebagai ejen anti-penuaan, ia juga menyokong kesihatan otak dan urat saraf. 

“Dan dari buah tamar (korma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang- orang yang mahu menggunakan akalnya.” (Surah Al-Nahl ayat 67).


Sungguh hebat ciptaan Allah malah jus anggur merah juga mengandungi resveratrol iaitu sebatian di dalam buah anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.

Antara kandungan Vivix adalah anggur muscadine iaitu anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (anggur biasa 19 kromosom). Oleh kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.

Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Banyak fitonutrien (phytonutrients) hadir dalam anggur muscadine telah diiktiraf sebagai antioksidan dan agen anti-radang yang paling berkuasa terutama pada kulit dan bijinya.

Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, dan mempunyai jumlah kalium, serat dan sumber vitamin C yang sihat. Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oat.

Anggur muscadine mempunyai kulit yang tebal. Kulit yang tebal ini memberikan anggur muscadine ketahanan semula jadi untuk penyakit, kulat dan serangga dan di mana banyak kuasa antioksida anggur muscadine disimpan.

Anggur muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang lebih banyak daripada anggur yang lain. Berdasarkan ukuran standard ORAC, anggur muscadine telah diukur setinggi 6,800 per 100 gram, berbanding 739 untuk anggur merah . Kulit anggur muscadine sahaja mempunyai kira-kira 6-8 kali ganda kapasiti antioksidan berbanding keseluruhan blueberry.

Selain dalam Vivix, Vitamin E Shaklee juga mengandungi ekstrak anggur merah yang tentunya menjadikan ia satu antioksidan yang hebat.





TESTIMONI

Ima & Bells Palsy: "I take vivix from shaklee for my bell's palsy. I also take b complex and few other supplements... it is getting better and better everyday...less spasm...and my synkinesis improves tremendously..."

































































No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...