Sunday, March 1, 2015

Strok Haba


Cuaca bulan ni memang PANAS sangat , ada terbaca ,dalam Facebook Kementerian Kesihatan berkenaan cuaca panas melampau ini , dikhuatiri akan berlanjutan sehingga April 2015 .. Lama nyer la hai .. Malam-malam budak kecik susah nak tidur sejak 2 menjak ini . , resah , berpeluh kan..
If terlalu ekstrem boleh menyebabkan kesan kepada kesihatan kita seperti STROK HABA...Agak bahaya la pada mereka yang bekerja di luar atau pun yang sering berurusan di luar.

PANAS GILER ! 


Apa Yang Berlaku Bila Suhu Tinggi?


Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah Celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh.







Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahidratan yang teruk.


Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesema dan radang kulit seperti ruam.

Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah STROK HABA yang turut dikenali, SUNSTROKE atau HEAT STROKE.

So kita dinasihatkan agar dapat membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak terkena STROKHABA.



Apa Itu Strok Haba?


Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk HIPOTERMIA, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, STROK HABA adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.





STROK HABA dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.

STROK HABA tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya 'strok' adalah istilah umum digunakan untuk mengambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.

Badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudia membebaskan radiasi yang disebabkan oleh 'aktiviti metabolik' melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal.Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan STROK HABA yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.





Tanda-Tanda Strok Haba
  1. Sakit kepala (berdenyut)
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh (walaupun dalam suhu panas)
  4. Denyutan nadi pantas
  5. Otot lemah / kejang
  6. Muntah
  7. Kulit kering / kemerahan
  8. Sawan
  9. Muka kemerah-merahan 
  10. Suhu badan meningkat ketara 
  11. Tidak sedarkan diri 
  12. Lesu 
  13. Bingung 

Cara Untuk Mengelak kan Strok

Dalam artikel KKM ada sertakan tips berikut:

  1. Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
  2. Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
  4. Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
  5. Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  7. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
  8. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  9. Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
  10. Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  11. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
  12. Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
  13. Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal
Apa Yang Harus Dilakukan Sekiranya Terkena Strok Haba?

  1. Pindah pesakit ke kawasan yang teduh. 
  2. Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha. 
  3. Pastikan tempat itu pengudaraan yang baik. Gunakan kipas untuk menurunkan suhu badan 
  4. Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein. 
  5. Jangan sesekali beri pesakit apa-apa ubat-ubatan tahan sakit, ibuprofen, aspirin atau acetaminophen (paracetamol, Tylenol). 
  6. Letakkan pesakit dalam tab bekas mandi yang sejuk. 
  7. Perlahan-lahan mengurut kulit mereka bagi menggalakkan peredaran darah. 




Bagaimana Performance Drink Shaklee Dapat Membantu?







Performance Drink dapat membantu mengurangkan kehilangan bendalir dari badan akibat cuaca panas. Ianya akan memperlahankan proses kehilangan cecair, mencegah penyahhidaratan dan mengurangkan kehausan.


Apa yang istimewanya, Performance Drink merupakan satu-satunya minum isotonik yang TIDAK BERKARBONATdan TIDAK MENGANDUNGI PEMANIS / PERISA / PENGAWET TIRUAN.




Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...