Thursday, March 19, 2015

Jamu atau Suplemen

Perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin sewaktu dalam berpantang?

Jamu juga adalah sejenis makanan tambahan tetapi terdapat sesetengah kandungan jamu yang masih tidak dapat diketahui dengan lengkap. Badan kita akan mengambil masa yang agak lama menguraikan jamu berbanding vitamin. Dengan pengambilan air yang mencukupi, vitamin lebih mudah dan akan diserap dengan baik oleh badan.

Bagi ibu yang menyusu badan, adalah lebih baik tidak mengamalkan jamu kerana risiko untuk mendapat penyakit demam kuning atau jaundice adalah sangat tinggi. Jikalau ingin mengamalkan jamu pun hendaklah menunggu selepas 2 minggu bersalin. Berbeza dengan pengambilan vitamin yang boleh diambil sejurus selepas bersalin dan tiada risiko untuk penyakit jaundice.

Selepas bersalin, adalah amat penting untuk ibu-ibu mengamalkan makanan seimbang yang kaya dengan zat besi, zink, asid folik dan vitamin C. Ini adalah penting untuk membina sel darah yang telah banyak kehilangan semasa kelahiran dan juga menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Maka, dengan pengambilan vitamin semasa dalam pantang dapat membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat.

Apa pun, jamu atau vitamin, pilihan adalah ditangan anda. Pilihlah dengan bijak mengikut kesesuaian badan anda dan juga bayi anda.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...