Saturday, January 24, 2015

Kesan Makan Vitamin

Baby akan besar kalau makan supplement masa mengandung"
"Tak boleh selalu sangat makan supplement ni..nanti rosak buah pinggang" 


Pernyataan di atas adalah antara sebab kebanyakan orang takut untuk mengambil supplement. Alasan ini jugalah yang menjadikan mereka tidak konsisten bila consume vitamin dan wujud golongan anti-supplement Hmm..bukanlah salah mereka apabila maklumat yang mencukupi tidak diperolehi mereka. Setiap orang berhak mempunyai pendapat dan pilihan sendiri. 

Vitamin boleh memberi kesan sampingan jika :


1. Pengambilan vitamin melebihi dos yang disyorkan. Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi. Vitamin C pula jika diambil lebih 2000mg sehari boleh menyebabkan cirit-birit.

2. Pengambilan yang banyak (kalsium) dalam satu masa juga boleh membebankan fungsi buah pinggang. Samada kerosakan pada buah pinggang ataupun batu karang. Seeloknya jangan lebih 600mg dalam 1 masa. Kerana itu Ostematrix Shaklee sebiji 250mg.

3. Kurang minum air, ini adalah kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Jika anda makan vitamin C tetapi kurang air, maka ia ditandai dengan batuk. Vitamin larut air memerlukan air yang mencukupi untuk larut. Minum 200ml / segelas kecil setiap sejam.




4. Salah faham. Contohnya selepas pengambilan vitamin B-Complex, air urin akan berwarna lebih pekat. Itu normal dan bukan kesan sampingan.Perubahan warna urin  bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa-apa brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu,tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkinmenjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang. 



5. Pengambilan vitamin sintetik (dalam botol ada silica gel) untuk jangka panjang dibuktikan melalui penyelidikan memberi lebih kesan buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Shaklee 100% semulajadi! Kerana itu anda tidak berjumpa silica gel dalam botol Shaklee sepertimana dalam beras, tepung, biskut.


6. Faktor lain antaranya mencampur terlalu banyak produk dalam 1 masa atau menggunakan produk yang tidak selamat diguna bersama. Seeloknya gunakanlah sesuatu produk itu mengikut konsultasi pengedar dan dalam kes penjagaan kesihatan, banyak bukan bererti bagus. Sebaliknya produk yang berkesanlah yang bagus.


 
7. Pengguna mempunyai alahan atau penyakit seperti lupus yang tidak boleh menerima sesetengah produk. Maka adalah penting anda mengenali tubuh anda dan memaklumkan pengedar apa yang anda alah. Contoh macam pelanggan saya awal2 dah bagitau dia alah minyak ikan. So tidak lah saya suggest dia ambil Omega Guard walaupun banyak manfaat.


8. Cara guna tidak betul kerana tidak mendapat guide yang betul. Sama ada beli dari premis tanpa khidmat nasihat percuma berterusan atau beli dari ahli yang menggunakannya untuk diri sendiri tanpa study mengenai produk. Sebagai contoh vitamin C perlu diambil pada waktu pagi jika kulit jenis berminyak, jika diambil waktu malam kemungkinan tumbuh jerawat. Boleh jadi ingin hilangkan jerawat, tetapi dicadangkan penjual ambil vitamin C berbanding vitamin E, walhal vitamin E lah yang terpenting jika ingin nak hilangkan jerawat.



Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582



#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


  


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...