Monday, January 26, 2015

Lecithin VS OmegaGuard

Nak Kurus ? Lecithin atau OmegaGuard 

Saya biasa mendapat pertanyaan dari pengguna Shaklee. Mereka ada sedikit kekeliruan dalam memilih LECITHIN atau OMEGAGUARD untuk program shape up atau pengurusan berat badan. Ok, jom kita semak balik fungsi Lecithin dan OmegaGuard.

LECITHIN SEBAGAI PENGEMULSI LEMAK?

Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. 

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya ‘membakar’ lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Lecithin

Jadi, boleh kurus ke guna Lecithin ni? Terpulang. Kalau tiada lemak termendap, maka kuranglah lemak terkumpul. Customer saya ramai yang mengalami kekurangan berat, ada juga yang maintain sahaja tak turun- turun. So Lecithin bukan lah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi lemak. Jika anda perlukan sesuatu untuk mengeluarkan lemak yang telah teremulsi, pilihla Herblax atau Alfalfa.




BAGAIMANA DENGAN OMEGA GUARD ?


Omega Guard


Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? 

Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak –> menambah metabolism –> bakar lemak


Apa lagi peranan Omega Guard dalam pengurusan berat badan ? Ia juga berfungsi:

  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah – beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin – kimia otak yang buat kita rasa kenyang – so boleh control makan.


  • Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu untuk mengawal gula. 

  • Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaimana ianya berfungsi.


Jadi, anda sudah faham kan peranan Lecithin dan Omegaguard dalam usaha nak kurus.? Maka, buatlah keputusan yang bijak. Pucuk pangkal yang UTAMA adalah konsisten, istiqamah denga azam nak uruskan berat badan.



# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582


# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendianose apa jua penyakit.Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.




See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini

JajaHamzah







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...