Saturday, February 14, 2015

Mematahkan Vita-C , Mana Rasionalnya?


Group kami di telegram " Beautiful & Charming " kecoh sekejap bulan lepas ( Jan 15) bila kami semua dapat tahu bahawa
Sustained Release Vita-C Plus

Mematahkan pil Sustained Release(SR) Vita-C kepada dua akan menyebabkan penyerapannya kurang berkesan! Kami dapat infoini dari Nutritionist Shaklee.

Memang totally bercanggah dengan info yang terkini ini dan praktikal yang diperturunkan dari zaman berzaman oleh mereka yang telah lama mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C.


Mengikut pendapat mereka:

Sewaktu demam, batuk, selesema atau kurang sihat, keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu tubuh melawan penyakit. Apabila SR Vita-C dipatahkan kepada dua, seluruh 500mg Vita-C akan direlease kedalam tubuh pengguna.


### Ini jugalah yang saya pegang selama 5 tahun, bergelar penguna tegar Shaklee dan sering melakukannya ketika saya dalam proses untuk lebih sihat. (To be honest, memang rasa perubahan, mengapa? -- mungkin kerana mindset, wallahualam)###



Jadi apakah sebenarnya "Sustained Release"?

Shaklee adalah pioneer dalam menggunakan teknologi SR, dimana, setiap vitamin C yang terkandung dalam SR Vita-C, diselaputi lapisan yang akan melepaskan Vitamin C tersebut secara berperingkat, iaitu 100 mg setiap jam.


Mengapa "Sustained Release" perlu untuk Vitamin C?

Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C adalah sejenis Vitamin larut air. Tubuh kita hanya boleh menyerap Vitamin C 100-200mg dalam masa 1 jam, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing.Dengan pelepasan berperingkat oleh SR, tubuh kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih optimum dan mengurangkan pembaziran Vitamin C melalui Urine.


Apa berlaku apabila, SR Vita-C dipatahkan 2?

Apabila kita mematahkan, atau menumbuk, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. Ini mengakibatkan pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat. Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui urin, di sinilah berlakunya pembaziran kepada wang yang telah kita laburkan.Ya Ampun ! 

 Ilmu baru yang wajib saya sampaikan dan perjelaskan pada anda semua, untuk saya dan juga semua pengedar dan pengguna Shaklee SR Vita-C.


Bagaimana Saranan Scientist / Nutritionist Shaklee?

Untuk keperluan harian Vitamin C kita, 500mg Vitamin C adalah mencukupi dan sekiranya kita dalam proses untuk sihat, (cth: demam, selesema, batuk) keperluan Vitamin C diperlukan sehari meningkat tetapi kadar penyerapan tubuh masih sama (atau sedikit meningkat dari 100-200mg). Cara yang efektif adalah dengan mengambil 2 biji SR Vita-C (tanpa dipatahkan) setiap 5 jam. Dengan ini, setiap jam 200 mg Vitamin C akan dilepaskan untuk penyerapan tubuh dengan lebih efektif.



Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin. hurmmmm.





Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...