Saturday, February 14, 2015

Nak Get Pregnant ?

Assalamualaikum Semua


Ramai yang bertanyakan soalan ini pada saya , terutama sekali daripada pasangan yang telah berkahwin menjangkau dalam 3 tahun , risau kata diorang ,belum lagi mendapat cahayamata.

Disini saya senaraikan  cadangan suplemen untuk kesuburan. saya akan cuba membantu untuk anda membuat pilihan yang terbaik.


Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri 

ISTERI
1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Alfalfa (terutama yg sakit bila bersama/masalah keputihan)
6) GLA (jika period tak regular/selalu mengalami period pain)

SUAMI
1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Vitamin E
6) Zinc

Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini? 

(1) ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur.

2) Vita-lea 
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin Shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex 
Penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b complex  Shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Asid folic juga penting bagi pembentukan janin bagi mengelak melahirkan anak cacat.

(4) Vitamin C 
Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

5) Alfalfa Complex 
Dapat membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

6) GLA Complex 
Dapat membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

7) Vitamin E 
Dapat membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya Vitamin E Shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala Vitamin E kebanyakkan yang ada di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

8) Zinc Complex 
 Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, Zinc ni memang penting untuk kesuburan.

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, dapat bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



Vitamin ini sebaiknya diambil bersama suami dan isteri. walau bagaimanapun, anda mungkin tak perlu ambil semua. Ianya bergantung pada sejarah kesihatan anda suami isteri. Kalau boleh Vitamin diambil beterusan . Kenapa ya? sebab vitamin mengambil masa untuk repair sel, sekurang-kurangnya 90 hari

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Sebagai manusia harus berusaha,





Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di snow_drop_daisy@yahoo.com @ 019-2682582

#  Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 


See Good Be Good Do Good
Salam Sayang
Ibu Auni Ardini
JajaHamzah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...