Thursday, February 12, 2015

Punca Jerawat


Jom baca penyebab jerawat muncul pada muka!




Naik geram bila ada satu jerawat naik kat muka ni. Jerawat ni dah la naik betul-betul atas pipi kiri, b! Mesti korang pernah alami perasaan macam ini kan? Tertanya-tanya kenapa ada jerawat naik pada certain kawasan muka je?


Kawasan jerawat muncul pada muka

Jerawat muncul pada muka area 1 dan 2:

Ini berkaitan dengan masalah sistem pencernaan dalam badan. Cara penyelesaian, disarankan kurangkan makan makanan segera, makanan yang berlemak dan tingkatkan pengambilan air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan 3 liter air masak.


Jerawat muncul pada muka area 3:

Kalau jerawat kawasan 3 iaitu diantara celah kening. Ia dikaitkan dengan masalah hati. Bukan masalah bab hati dan perasaan tau! Hehe.. Untuk mengatasi masalah ini disarankan untuk mengurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.


Jerawat muncul pada muka area 4, 5 dan 7:

Jika jerawat muncul pada kawasan 4, 5 dan 7, ianya dikatakan masalah kekurangan air dalam badan. So,  dah tau masalahnya sebab kurang minum air. Jadi pasni jom sama-sama tambahkan pengambilan air suam.

Jerawat muncul pada muka area 6:

Ianya dikaitkan dengan Jantung. Kita kena jaga tekanan darah supaya tak naik tinggi. Antara saranan untuk penyelesaiannya ialah dengan mengurangkan makan makanan pedas dan juga daging. Kemudian tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega 3. Erk.. daging tue memang salah satu favourite cik tom.. tambah2 lagi makanan pedas baru terbuka selera nak makan.

Jerawat muncul pada muka area 8:

Jerawat yang muncul pada kawasan telinga ini dikaitkan dengan buah pinggang. Ini kerana mungkin kurangnya pengambilan air dan terlebih pengambilan garam dan kafein dalam badan. Sebaiknya ubah gaya hidup kita dengan lebihkan minum air masak dan kurangkan pegambilan garam dan kafein dalam masakan serta minuman seharian.

Jerawat muncul pada muka area 9 dan 10:

Ianya dikaitkan dengan masalah pernafasan. Untuk elakkan masalah pernafasan, sebaiknya elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta banyakkan bersenam.

Jerawat muncul pada muka area 11 dan 12:
Penyebab utama jerawat muncul pada kawasan bawah mulut ini ialah hormon dan stress. Pastikan tidur yang secukupnya, lebihkan minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran hijau dalam pemakanan.

Jerawat muncul pada muka area 13:

Kalau jerawat korang kerap muncul pada kawasan dagu, ianya dikaitkan dengan masalah usus. Untuk memperbaiki sistem usus dalam badan digalakkan lebihkan makanan berserat dan perbanyakkan minum teh herba.

Jerawat muncul pada muka area 14:

Jerawat yang muncul pada kawasan leher ialah disebabkan penyakit. Badan korang mungkin sedang melawan bakteria untuk menggelakkan ianya dari jatuh sakit. Sebaiknya perbanyakkan berehat dan berfikir positif supaya hidup ceria dan jauhi stress.



Sekiranya, korang nak dapatkan lebih banyak nasihat dan tips mengenai penyebab, permasalahan atau cara mengubati jerawat ini sebaiknya dapatkan dari doktor pakar jerawat di; http://www.drhasseenah.com/jerawat/. Selamat mencuba dan berikhtiar ye.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Di atas Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...